Sidang Meja Bulat iDBMS

Tuesday, May 05, 2009

pihak kami dengan kerjasama SPKK akan menganjurkan buat julung2 kali medan sidang meja bulat yang akan menghimpunkan pakar2 pengisian/proses kerja bagi setiap kompenan iDBMS dan juga pihak2 yang berkaitan..

Justeru itu kami ingin mengajak tuan.puan memberi komen/cadangan/pandangan melalui kami atau wakil2 Jawatankuasa tuan/puan yang akan menghadiri sidang ini..

Matlamat utamannya adalah satu untuk memudahkan lagi proses kerja yang sedia ada tanpa pertindihan proses dengan pihak2 lain...


PERSIDANGAN MEJA BULAT
PENGURUSAN DATA PELAJAR KOLEJ KOMUNITI SECARA BERSEPADU
PERINGKAT KEBANGSAAN

1. Tajuk :
Mencari pelarasan, keseiringan dan keserasian dalam pengurusan data pelajar Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi.

2. Pengenalan :

Pengurusan data pelajar Kolej Komuniti sejak ianya ditubuhkan pada tahun 2001 sering mengalami perubahan untuk disesuaikan dengan keadaan semasa.

Kini ianya semakin mencabar dengan pertambahan jumlah Kolej Komuniti induk dan cawangan yang telah membawa kepada 55 buah yang berada di seluruh Malaysia serta bilangan pelajar yang telah mendaftar di Kolej Komuniti yang menjangkau 42,000 orang.

Jesteru dengan itu, satu mekanisma pengurusan dan pembangunan sistem yang mantap diperlukan dalam memastikan semua pihak dapat menguruskan data dan maklumat pelajar dengan baik, tepat dan cekap.
Seiring dengan proses kerja yang efiseyen dan berkesan.

Sebarang pertindahan proses kerja sama sekali patut dielakkan. Pertindahan proses kerja ini boleh berlaku kerana penyediaan Manual Prosedur Kerja, Fail Meja dan macam- macam prosedur lain telah disediakan secara sendiri melibatkan kumpulan kerja masing-masing sahaja.

Semoga dengan adanya sidang meja bulat ini akan dapat memurnikan lagi perjalanan proses kerja dalam pengurusan data pelajar yang mana dengan jelas client kepada semua prosedur pengurusan adalah sama iaitu pelajar Kolej Komuniti jua.

3. Objektif :
3.1 Membentangkan dan mendapatkan keesahan setiap proses yang dijalankan menggunakan sistem.
3.2 Mendapat penyelesaian samaada dengan cadangan idea baru atau membuat perubahan pada prosedur sediaada bagi prosedur-prosedur yang boleh ditambahbaik/dimurnikan.
3.3 Platform perbincangan bagi semua pemegang prosedur dalam pengurusan data pelajar Kolej Komuniti dalam mencari keserasian, kelancaran proses serta ke arah pemantapan data bank pelajar Kolej Komuniti yang tepat serta bersepadu.
3.4 Proses proses persediaan penyelarasan dan kepatuhan pembagunan projek ISP-KPT.

4.Tarikh : 12 – 13 Mei 2009

5.Tempat : Hotel Tiara, Port Dickson, Negeri Sembilan

6.Sasaran peserta
Ahli Jawatankuasa Teknikal / wakil Jawatankuasa :-
a)JK Hep PD / Pengambilan
b)JK Majlis HEP (KD)
c)JK Peperiksaan
d)JK Latihan Industri
e)JK KJKK
f)JK Kualiti
g)JK Teknikal iDBMS

7.Modus Operaandi Sidang
Pembantangan secara 'real time' dengan mengambil beberapa sample pelajar dari proses pendaftaran sehingga pelajar berkenaan menjadi lulusan dengan diberi beberapa perbezaan kes-kes / isu-isu dalam pengurusan pelajar.

8.Pengendali Persidangan
8.1 Ucaptama : Pengarah Bahagian Pengambilan, Sektor Pengurusan Kolej Komuniti
8.2 ISP-KPT : Pn Saerah Binti Abdul Rahim
Penolong Pengarah (ICT)
Sektor Pengurusan Kolej Komuniti
8.3 Pembentangan : Jawatankuasa Teknikal iDBMS
8.4 Penutup : Pengarah Bahagian Akademik, Sektor Pengurusan Kolej Komuniti.

9.Penutup
Semoga program yang dirancang ini akan dapat member input dan impak yang berkesan kepada pengurusan data pelajar Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia setanding dengan institusi pengajian tinggi yang lain.

javascript:void(0)

Lihat juga tajuk2 yang berkaitan



2 comments:

Anonymous Thursday, May 14, 2009 9:15:00 AM  

Congrates iDBMS team... kerja-kerja telah banyak dipermudahkan seperti pemantauan kehadiran, PB, pendaftaran modul dan paling ketara adalah dari segi exam...

1. mengharapkan agar pengurusan bank soalan pun semudah ini...
2. Bila lagi agaknya boleh guna iDBMS untuk pengurusan biasiswa dan pinjaman pelajar lak yer...?
3. Mungkin boleh tambah satu colum lagi kat maklumat/data pelajar...kalu boleh nak jugak guna idbms ni untuk update penglibatan pelajar dalam kokurikum/pencapaian selain dari akademik pelajar...senang nak rujuk kan...mesti best..

Thank You.
KKcS

Team.iDBMS Wednesday, May 20, 2009 1:08:00 AM  

Respond sikit..
1. Harapan di tujukan kepada JK ebq yang sudah dilantik..mudah ??..terima kasih..

2. Fasa seterusnya..mmg sudah ada dalam perancangan

3. Pasal maklumat kokurikulum juga ada dalam perancangan cuma tunggu masa yang sesuai je untuk diguna pakai...

Post a Comment

:: Takwim Proses Kerja

:: Post Terkini

:: Penafian

Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

:: Aktiviti Team.iDBMS

  © Blogger template Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP