Pemuafakatan Sidang Meja Bulat iDBMS 2009

Monday, May 18, 2009



Syukur...akhirnya kami mencapai matlamat untuk menganjurkan buat julung2 kalinya Sidang Meja Bulat iDBMS yang telah menjadi platform semua Jawatankuasa yang terlibat dengan pengurusan data pelajar..



Sidang selama 3 hari 2 malam ni telah berlangsung di Hotel Tiara Beach Resort, Port Dickson. Negeri Sembilan bermula pada 13 Mei dan berakhir 15 Mei 2009 yang lalu.

Jawatankuasa terdiri daripada JK Pengambilan, JK Hep KD, JK Peperiksaan, JK Latihan Industri, JK Kualiti, wakil2 daripada KJKK dan wakil2 daripada SPKK telah dapat duk semeja dan sebumbung dalam membincangkan meningkatkan kualiti/kemudahan pengurusan pelajar..




Sidang ini telah dipengerusi secara bersama mantan Pengarah Bahagian Pengambilan Pelajar, Tn Hj Zulkifli Bin Arifin dan Pengarah baru di bahagian yang sama iaitu Pn Saerah Binti Abdul Rahim..

Dibawah ini diperturunkan beberapa resolusi yang telah dipersetjui secara jawatankuasa dan akan dibentangkan pada Mesyuarat Pengarah2 KK dalam masa terdekat..

BIL

ISU

TINDAKAN

1.

Cadangan pendaftaran modul di daftar secara terus pada hari pendaftaran. Item yang perlu kemaskini pada hari pendaftaran adalah status, yuran, alamat-alamat dan daftar modul.

JK Pengambilan

2.

Segala proses kerja iDBMS yang perlu dilaksanakan mengikut minggu perkuliahan akan dimaklumkan dari pihak admin iDBMS kepada KJKK

Unit Akademik SPKK dan semua unit

3.

Peratus kedatangan pelajar di dalam system iDBMS dicetak terus dan ditandatangani atau endorsement untuk di hantar ke Unit Peperiksaan

Tambahan function download senarai pelajar ditahan

Unit Peperiksaan dan Penilaian SPKK

4.

Pendaftaran modul pelajar di cetak terus daripada system menggunakan kaedah cetakan dan disahkan oleh Pensyarah Kelas.

KJKK

5.

Slip keputusan peperiksaan pelajar boleh di cetak terus daripada system menggunakan kaedah cetakan tanpa tandatangan. (Borang ini adalah cetakan komputer dan tidak perlu ditandatangan)

Unit Peperiksaan dan Penilaian SPKK

6.

Sistem sediakan ‘request password’ dari semasa ke semasa kepada Pegawai Peperiksaan untuk keselamatan data. Contoh Maybank2U yang menggunakan TAC password


7.

Menyediakan paparan senarai nama bagi pelajar yang telah diubah/push-up keputusan peperiksaan pelajar selepas mesyuarat peperiksaan peringkat kolej.

Programmer iDBMS

8.

Pertindihan daftar syarikat bagi pusat LI dalam Sistem iDBMS

Unit Latihan Industri

9.

Tambahan satu paparan markah bagi senarai pelajar yang tamat LI bagi unit LI

Programmer iDBMS

10.

2 nama syarikat yang sama boleh digabungkan kepada 1 nama syarikat

Programmer iDBMS

11.

Pendaftaran kursus dalam system iDBMS bagi pensyarah perlu ditetapkan pada tempoh tertentu

Unit Akademik / KJKK

12.

Bagi pelajar yang ditamatkan oleh pihak syarikat semasa sesi Latihan Industri :

a) Pegawai LI yang menukarkan pelajar LI kepada status ulang LI.

b) Tukar klausa pada komponen Latihan Industri - Ulang (Latihan Industri).

c) Tukar klausa pada komponen Hal Ehwal Pelajar – Status Butir Diri : Tangguh Pengajian.

Programmer iDBMS

Unit Latihan Industri dan Unit Pengambilan.

13.

Cadangan untuk menukarkan status tangguh secara automatic selepas 14 hari surat peringatan lapor diri dikeluarkan.


14.

Tukar Program – Dalam tempoh 5 minggu dan minggu ke 6, sistem akan block proses tersebut.

Programmer iDBMS

Unit Pengambilan.

15.

Tukar Kolej dan tanpa tukar program - Dalam tempoh 10 minggu dan minggu ke 11, sistem akan block proses tersebut.

Programmer iDBMS

Unit Pengambilan.

16.

Pembinaan master sheet dijana dari iDBMS sebelum diserahkan kepada Unit Peperiksaan,

Unit Latihan Industri

Programmer iDBMS

17.

Sediakan makluman rasmi dari Unit Peperiksaan kepada Unit LI dengan memaklumkan senarai nama pelajar yang layak untuk LI sudah dikemaskini didalam sistem

Unit Peperiksaan

18.

Bagi pelajar yang tidak mendaftar di syarikat semasa sesi Latihan Industri dalam tempoh 14 hari dari tarikh pendaftaran akan dianggap ulang LI dan tangguh pengajian

Unit Latihan Industri

19.

Pemakluman dari Unit LI kepada Unit HHP dengan memaklumkan senarai nama pelajar Tamat LI yang sudah dikemaskini untuk daftar semula.

Unit Latihan Industri

20.

Pemurnian bagi tajuk senarai semak Unit Peperiksaan kepada Senarai Semak Proses Penilaian Akademik Pelajar

JK Teknikal iDBMS

21.

Kemudahan teknologi yang disediakan mampu menyampaikan reminder untuk setiap proses iDBMS dengan kadar segera

JK Teknikal iDBMS

22.

Modul Executive Information System (EIS) bagi keperluan SPKK akan di jalankan pada fasa seterusnya.

JK Teknikal iDBMS serta Unit2 di SPKK

23.

Memberi penekanan kepada user atau proses kerja bagi setiap komponen iDBMS bagi memastikan enrolmen semasa adalah betul

Semua Unit

24.

Penyampaian sebarang perubahan maklumat didalam proses pengurusan pelajar kepada JK Teknikal iDBMS supaya system sentiasa ‘update’

Semua Unit

25.

Pembentukan kumpulan programmer bagi memastikan kesinambungan pembangunan system iDBMS dalam memenuhi keperluan semasa Kolej Komuniti.

Makluman



Dikesempatan ini, pihak kami ingin menucapkan jutaan terima kasih tak terhingga kepada pihak SPKK kerana memberi kepercayaan kepada kami untuk mengendalikan sidang ini...

Jutaan tak terhingga juga kepada semua yang telah terlibat secara langsung atau tidak dalam penganjuran kali ini..semoga len kali kita leh bersdiang dengan lebih baik maybe di PICC ke..(mmg perlukan meja yang betul betul bulat dan dilengkapi sistem conf microphone..)


Lihat juga tajuk2 yang berkaitan



0 comments:

Post a Comment

:: Takwim Proses Kerja

:: Post Terkini

:: Penafian

Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

:: Aktiviti Team.iDBMS

  © Blogger template Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP