Re: Maklum Balas iDBMS

Monday, November 30, 2009

From: nik faizal
Sent: Saturday, 28 November 2009 6:54 PM
To: Team iDBMS
Subject: Re: Maklum Balas iDBMS: Enrolmen bulanan

Salam, terima kasih atas respon pihak tuan.
Permintaan saya utk Enrolmen terdahulu (mengikut bulan) adalah sebagai sokongan untuk tujuan semakan semula disamping rekod data enrolemn bulanan yg disediakan oleh Penasihat Akademik yg kadang2 tak konsisten. TKasih.


--------------------------------------------------------------------------
From: idbms
To: nik faizal
Sent: Sunday, 29 November 2009 4:39:23
Subject: RE: Maklum Balas iDBMS

Salam..

Sbb itu kita perlu lagi perhalusi kaedah serta penguatkuasaan penggunaan sistem iDBMS sebagai instrumen dalam menjadi sumber rujukan data berkaitan pelajar

Supaya sistem ini tidak menjadi hanya sebagai pilihan (alternatif) dan ada kaedah/sistem lain yang sama tp tak serupa yang perlu juga tuan2 lengkapkan..

Ini akan mengakibatkan data kita tidak tepat sampai bila2..alangkah cantiknya sekiranya sumber data drpd sistem iDBMS yang telah diintegerasi dengan komponan lain dijadikan rujukan dalam setiap perbincangan di peringkat program, kolej mahupun di Seri Kembangan sendiri

Bilamana ada penggunaan penuh dan menyeluruh secara tidak langsung proses2 kemaskini akan dilakukan secara lebih teratur dan sistematik oleh end user. Dan selagi sistem ini dipandang penggunaan secara bermusim selagi itu kita tidak akan dapat data yang tepat serta tidak akan memenuhi keperluan kementerian (ISP KPT) dan dasar eGov

Kita seharusnya mencuba untuk implementasi secara menyeluruh sebelum meletak perasaan tidak yakin dengan sistem yang kita telah guna pakai sejak ianya dibangunkan pada 2003 lagi (udah 6 tahun)

Selagi kita belum mencuba dan berani utk berubah selagi tuh kita sentiasa takut pada bayang2 sendiri....dan kita juga kena maklum pembangunan idbms tidak akan tamat atau lengkap..ini cukup jelas ada dalam pengetahuan kita bagimana struktur dan polisi kita juga sering berubah2 rubah..

Jadi lihat seperti pembangunan sistem OS Windows...dr version Win 95, 98 2000 ke Win XP ke Vista dan terbaru Windows 7 malahan setiap versi pun akan ada banyak services pack atau patch utk menstabilkan sistem mereka...

Jadi dengan kemampuan kita yang tidak pun menggunakan syarikat konglomerat yang hebat atau mengimport programmer drpd silikon valley samada dr india atau USA...kita syukur mampu bertahan serta dapat banyak membantu tugas seharian terutama work load diperingkat para pensyarah di kolej2

Jadi tindakan kita adalah sama2 memberi sedikit perhatian kepada usaha 'dr bawah ke atas ini'...mmg tiada peruntukan berjuta diberi...tetapi atas semangat utk membuktikan sendiri kepakaran pembangunan dan pengurusan sendiri hasil 'orang dalam' ...maka tinggallan tuan.puan utk menilai sendiri, memperjuangkan serta menafaatkan apa yang ada dengan sistem ini...

Kalau matlamat utama hanya wang yang dicari..pasti dah tutup sejak 2005 lagi...malah 2008 ianya melalui saat yang agak getir...ttp atas sokongan semua dan semua(banyak nama kalau nak sy sebutkan disini) ianya mampu bertahan sehingga hari ini..

Ttp sokongan dr keluarga terutama isteri/buah hati tercinta adalah amat2 dihargai

Idbms...Esok, lusa ...tulat??? Belum pasti lagi....

Ikhlas drpd kami
Azizol:Idhwan dan Team.iDBMS
Send from my TouchPro2@Celcom



Lihat juga tajuk2 yang berkaitan



8 comments:

From: musa Monday, November 30, 2009 10:59:00 PM  

To: idbms2u-owner@ yahoogroups. com
Date: Monday, November 30, 2009, 2:58 PM

apa2 hal pun well done azizul, idhwan & others... susah payah korang mmg aku dah tau w/pun aku cuba buat2 x tau (sbb tu tetap mintak mcm2 )... apa pun korang dah buktikan korang mampu... kami hanya mampu memberi pandangan, sokongan & doa sahaja... sekali lagi tahniah, syabas dan terima aksih yang x terhingga... budi korang yang x terbayor tu tuhan sahaja yang membalas nyer... amin...

Founder.Root@idbms Monday, November 30, 2009 11:02:00 PM  

assalamualaikum

terpanggil pulak rasa nak menjawab persoalan masalah maklum balas ni..
panjang cerita enrolmen ni dari dulu sampai la sekarang.. tak pernahnya ada enrolmen yang tetap kekal... almaklumlah. .. ni bukanlah ini bukan sati nilai yang tepat untuk satu jisim.. tapi ianya adalah bilangan jisim... belaja fizik ngan matematik sikit harini...

enrolmen bulanan ni timbul bila en.zaidi spkk rasa enrolmen yg dia simpan tak sama ngan enrolmen iDBMS simpan.. jadi pihak kolej kene simpan rekod enrolmen bulanan..

kalau di ikutkan pihak kami tak perlu simpan rekod enrolmen bulanan.. cukuplah sekadar pegawai HHP print dan simpan mengikut tarikh yg di kehendaki oleh en.zaidi.. kerana sistem tidak boleh mengira bilangan pelajar bulan lepas.. cuma boleh mengira untuk hari ini sahaja.. besok kira untuk besok.. lusa kira untuk lusa... sistem ni mengira hari hari.. bila anda tekan dia kira... kalau tak tekan tak kira... kalau nak pada tarikh tertentu.. tekan la pada hari tarikh yang anda nak dan simpan.. macam tengok tv la ... mana boleh tengok berita semalam untuk harini... mana boleh tengok intisari rancangan minggu lepas pastu nak banding dengan hari ini... sebab ini ianya di panggil data terkini... hari ini pada waktu anda tekan..

yang dikatakan enrolmen tak sama seperti yang disimpan oleh en.zaidi spkk tu adalah kerana
masalah kelas sem 0. memang kami mengaku sem 0 tak pernah wujud dalam pengurusan kolej komuniti .sem 0 tu tak di buat saja saja... ianya di buat untuk mengesan ada pelajar yg bukan sem 4 atau sem dah terlebih dari 4 yang tak tamat/berhenti/ tangguh.. .mungkin pelajar sem0 tu dah hilang lama dah... atau pergi latihan industri yg tak balik balik... atau ada gagal 1 @ 2 modul masa sem 4 pastu dah malas nak datang ulang paper..

untuk menyelesaikan masalah sem 0 ni.. pegawai hhp atau pegawai exam kolej kene pastikan budak yg patut tamat sem lepas tamat... kalau tidak tamat sila laporkan ke unit HHP... unit hhp kene buat panggilan semula atau tangguhkan aje pelajar tu kalau dia masih berdigil takmo datang kelas... janganlah dibiarkan sahaja sem0 tu berisi... sem 0 patut 0..

kami men design sistem ni supaya anda tidak perlu mengira tiap tiap kali spkk mintak enrolmen... untuk memudahkan anda tidak mengira... anda cuma perlu pastikan sem 0 tu 0.. dan pelajar yg patut ada ( mendaftar atau L.I ) sahaja yg berada dalam sistem.. selain dari tu tangguh atau berhenti..

kami bukan buat sistem ni untuk HHP sahaja... sistem ni untuk semua... unit Exam... Unit L.I.... bila kiraan itu tidak benar... maknanya ... mesti ada kesilapan berlaku pada salah satu unit tersebut... mungkin pada unit HHP enrolmen salah... tapi pada unit Exam pelajar itu tidak mendaftar modul... pada L.I pelajar itu tidak kembali dari L.I.... kemungkinan itu berlaku... kami boleh mengabaikan sem 0 tu... tapi sistem ini akan kehilangan satu fungsi utama la... mengesan kehilangan pelajar... kalau sem 0 tu tak wujud... kita takkan tau ade pelajar yg tak balik latihan industri...

soalan pertama saya... adakah semua pelajar yang mendaftar pada sesi julai 2009 akan tamat pada waktu yang sama ?

jawapan saya tidak... kerana ada diantara mereka yg akan mengulang semester bertukar kolej , bertukar kursus, berhenti, tangguh , mengulang L.I , tamat selepas 4 sem , ,tamat tapi terlebih sem,, dan tak lupa juga.. yang hilang entah kemana....

soalan kedua saya... sampai bilakan kita perlu mengira pelajar yang mendaftar ini ??

jawapan saya... selagi pelajar ini berstatus mendaftar dan bukan tamat , tangguh , berhenti , bertukar kolej , bertukar kursus. pelajar ini masih berada dalam enrolmen...
kalau pelajar tu mendaftar kelas tapi tidak mendaftar kursus/modul dengan unit peperiksaan. ... pasti ada sesuatu yg berlaku... sebab pelajar mendaftar pasti akan mendaftar modul/kursus. .. selain dari tu... tak mendaftar... .

*Sistem ini bukan menguruskan data HHP sahaja... Sistem ini menguruskan data Pelajar Kolej Komuniti... dan memastikan data dari setiap unit adalah betul dan benar...

sekian...
terima kasih...

Mukhtar Bakar Monday, November 30, 2009 11:05:00 PM  

dengan adanya sistem yg di bina ni dah menyelesaikan banyak masalah yang telah jadi problem SATU MALAYSIA... tahniah... PHEP kena lebih peka dengan ENROLMEN pelajar!! semak dari masa ke semasa.. yang penting setiap bulan kena CROSS CHECK jika ada yang tidak kena.. ada lah masalah tu di peringkat KOLEJ... bukannya idbms punya hal..

nina radwan Monday, November 30, 2009 11:07:00 PM  

Sent: Monday, November 30, 2009 16:12:39
Subject: Re: [idbms2u] RE: Maklum Balas iDBMS

... hehehhe ... mak oii .. panjang sungguh cerita kat atas ... :))) senyum manjang den membacanya.. anyway gud luck idbms...

sirap - Monday, November 30, 2009 11:10:00 PM  

Sent: Monday, November 30, 2009 22:32:08
Subject: Re: [idbms2u] RE: Maklum Balas iDBMS

assalamualaikum

just nak mencelah sikit. apa yang idhwan ceritakan itu sangat lah benar, ini berdasarkan pengalaman menjaga, menguruskan dan menggunakan sistem iDBMS ini untuk beberapa semester, sebagai salah seorang ahli helpdesk, malah administrator iDBMS peringkat kolej, pernah menjadi penyelaras exam program, malah menjadi penyelaras latihan industri program, semua nya pernah dilalui. dan semua orang sentiasa mengkehendaki maklumat terkini.namun begitu, maklumat terkini tak akan dapat dijanakan jika tiada sesiapa(pensyarah/pegawai/dll) yang updatekan dalam sistem iDBMS ini.

berkenaan masalah enrolmen, selagi kita tak dapat selesaikan masalah pelajar HILANG, tiada garis panduan yang khusus (secara black and white dan mesra peraturan dengan sistem idbms) untuk menangani masalah ini, bagi pendapat peribadi saya, masalah ini akan kekal wujud.

*pelajar HILANG seperti; menghilang terus tak hadir kuliah; tidak mengisi borang tangguh/berhenti; mendaftar tapi tak hadir; dll

Musa Wednesday, December 02, 2009 3:40:00 PM  

From: musa
Subject: Re: [idbms2u] RE: Maklum Balas iDBMS
Date: Monday, November 30, 2009, 4:20 PM

BOS... ehehehe... dah ler tu... dia org baru... kita dgr jer idea dia... kang ko jawab panjang2 dia makin x faham plak... tp apa pun terima kasih bebanyak sbb menjadikan iDBMS berjaya... hidup aku kini lebih mudah sbb bila kena tanya bleh suruh rujuk iDBMS sendiri... pokok pangkal nyer semua kena jalankan tugas ler... kang kalo ko syok2 update sistem tp kami yg guna nie buat bodoh jer susah gak... ehehehe... tq bos.

Andie Wednesday, December 02, 2009 3:41:00 PM  

From: Muhammad Andie
Sent: Tuesday, December 1, 2009 18:44:20
Subject: Re: [ExamCC] RE: Maklum Balas iDBMS



salam....

terasa cam pertengah tahun 2007 pulak.... anyway buat masa ini dan kedepan2x... harapnyer kat kkarau idbms tak de masalah... jalan terus...

sekian....

Founder.Root@idbms Wednesday, December 02, 2009 3:41:00 PM  

assalamualaikum. ..

hehhehhe... tak marah... maaf la kalau ada yang terasa... tak berniat pun...idea dia bernas... setuju dengan cadangan dia untuk buat enrolmen bulanan... tengah dok pikir ni cemana nak buat menda tu boleh di sistemkan dalam format bulan pulak... cuma... kalau disistemkan pun... tapi kerjasama antara Unit HHP , Unit LI dan Unit Exam di peringkat Kolej ataupun pusat tidak di seragamkan.. . buat a enrolmen tu untuk hari hari pun... salah satu dari 3 komponen utama tu tak update... tetap takkan dapat bilangan yang tepat...

jawapan panjang tu bukanlah maksud nak menembak sapa sapa... kami gembira bila semua pengguna gembira... kami pun susah hati bila semua pengguna susah hati.. cadangan dan pandangan amat lah dialu alukan... jangan la pulak lepas ni taknak bagi cadangan pulak.. karangan yang panjang tu cuma menekankan kerjasama antara unit tu di perlukan untuk mendapatkan enrolmen yang tepat dan benar...

apa yang penting !!!
Kerjasama

apa yang penting !!!
kerjasama

sekian..
terima kasih..

Post a Comment

:: Takwim Proses Kerja

:: Post Terkini

:: Penafian

Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

:: Aktiviti Team.iDBMS

  © Blogger template Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP