Kenyataan Media : Masalah2 tidak selesai...

Wednesday, February 11, 2009

Terima kk segamat dan semua..

Ini adalah kali pertama kami 'tangguhkan' semua proses pembetulan dan 'speacial request' yang diperlukan oleh mana2 pihak.


Dasar dan polisi yang kami sebelum ini, adalah dengan melakukan setiap pembetulan selama ni cuba mengatasi setiap masalah kurang daripada 24 jam.



Malangnya...keprihatinan dan kesungguhan kami tidak dilihat secara serius dan secara profesional oleh sesetengah pihak.

Untuk makluman KK Segamat dan semua dan sememangnya dalam pengetahuan kita semua...

1. iDBMS telah secara langsung menjadi prosedur kerja wajib yang selari dengan prosedur kerja yang sedia ada.

2. Prosedur dan fungsi dalam iDBMS berasaskan prosedur kerja yang telah ditetapkan.

3. Data iDBMS adalah data dynamic bukan data static dan bukan juga data warehouse. data dalam iDBMS perlu diselenggara mengikut time frame yang ditetapkan yang juga time frame nie mengikut TAKWIM yang sedia digunakan di peringkat kolej.

4. IDBMS bukan stand alone system (penggunaan bukan hanya per kolej sahaja), penggunaan iDBMS sekarang sudah all out utk 37 buah Kolej dan cawangan2 serta di peringkat Sektor Pengurusan Kolej Komuniti dan malah digunakan di JPPKK serta KPT.

5. Jesteru itu, beberapa prosedur kerja yang juga perlu kami lakukan secara rutin saban sementer dalam penyelenggaraan data ini. Jadi apabila kegagalan sesetengah kolej tidak bertindak seperti sepatutnya, maka kami juga gagal membuat beberapa prosedur kemaskini data dalam sistem iDBMS.

perlu difahamkan disini, kegagalan kami bukan disebabkan masalah teknikal (programming) sistem itu, tetapi di sebabkan kegagalan data yang tidak disempurnakan. Kesahan / kebolehpercayaan / ketepatan Data adalah dibawah tanggungjawab kolej..maka kami tidak boleh mengambil mudah (suka2) membuat pembetulan kepada masalah2 data ini...

dan kegagalan ini juga bukan hanya melibatkan satu kompenan sahaja tetapi 'berjangkit' kepada kompenan2 yang lain...

Walaubagaimana pun...proses 'senyap' dalam 2 minggu ini bukan bermakna kami 'senyap' dalam menjalankan tugas2 kami...
1. Kami memohon utk membuat pertemuan dengan pihak SPKK agar semakan semula berkaitan dengan prosedur kerja, hala tuju penggunaan iDBMS.

1.1 Mesyuarat Jawatankuasa ICT pada 10 dan 11 Feb

1.2 Mesyurat bersama Pengarah Bahagian Peperiksaan dan Penilaian pada 3 mac

(cadangan asal 19 Feb)

1.3 Mesyuarat bersama Bahagian dasar ICT JPPKK pada 3 dan 4 Feb 2009


2. Kami terus menerus mengenalpasti dan mencari solution terbaik dalam menyelesaikan masalah2 yang berlaku.


Mohon maaf atas kelewatan ini yang juga perlu juga ditanggung oleh kolej2 yang menjalankan tugas dengan baik..kami mengharapkan tuan/puan faham penjelasan yang diberikan...

Kami akan segera melakukan pembetulan setalah atau akan mendapat beberapa keputusan yang diperlukan...pastinya keadaan data akan kembali normal utk tidak beberapa lama lagi..proses ini memerlukan masa..dan ianya pasti kembali sepertimana proses pelarasan data awal yang dahulu..

bukan sengaja tetapi terpaksa ...

Sekian terima kasih

Team.iDBMS
11Feb2009@10.18am





--- On Tue, 10/2/09, Segamat exam wrote:

From: Segamat exam
Subject: PEMBETULAN TRANSKRIP KKSEGAMAT
To: "Team iDBMS" , ExamCC@yahoogroups.com
Date: Tuesday, 10 February, 2009, 5:22 PM


Assalamualaikum,

Sudah hampir 2 minggu saya cuba attach masalah transkrip ini pada team iDBMS, malangnya tak sampai kerana masalah talian internet kami tidak berfungsi dengan baik. Saya berharap pada kali ini, team iDBMS dapat membantu saya bagi mengatasi masalah ini dengan segera.

Bersama-sama ini di sertakan dokumen print skrin di mana masalah itu berlaku. dan satu fail transkrip yang mengandungi data-data pelajar kami.

Harap dapat bantuan segera...terlebih dahulu diucapkan dengan terimakasih yang tidak terhingga banyaknya.

KKSegamat.

Lihat juga tajuk2 yang berkaitan



0 comments:

Post a Comment

:: Takwim Proses Kerja

:: Post Terkini

:: Penafian

Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

:: Aktiviti Team.iDBMS

  © Blogger template Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP